Monday, May 28, 2007

selarik bicara...

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil
berat akan waktusolatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan sepertikerajaan Nabi Sulaimana.s.

Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orangyang di timpamusibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambilberkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukirsenyuman.
Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur denganapa yang ada dan tidaklupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengannikmat yang ada sentiasamenumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usiapertengahan namunmasih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa
amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yangmenghuni syurga kelak
kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka.

1 Comments:

Blogger Ibnu Ali said...

Siapa orang yang selalu melawat blog ini?

Ana orangnye.. huhu

6:24 AM  

Post a Comment

<< Home


Cursors

   www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws       www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws

Scroll images by bigoo.ws