Tuesday, January 16, 2007

tambahan dari us faiz

Jom kita study semula tentang nama Zaujat Rasulullah s.a.w
Di sini saya ingin berkongsi pengetahuan sedikit tentang nama isteri-isteri
baginda Nabi Muhammad s.a.w...

Berikut nama zaujat Rasulullah s.a.w:

1)Saidatina Khadijah bt Khwailid r.a
2)Saidatina Saudah bt Zam'ah r.a
3)Saidatina Aisyah bt Abu Bakar r.a
4)Saidatina Hafsah bt Umar Al-Khattab r.a
5)Saidatina Zainab bt Khuzaimah Al Hilaliah r.a
6)Saidatina Ummu Salamah r.a [nama beliau Siadatina Hindun]
7)Saidatina Ummu Habibah r.a [nama beliau Saidatina Ramlah bt Abi Sufian]
8)Saidatina Juwairiah bt Al Harith r.a
9)Saidatina Maimunah bt Al Harith r.a
10)Saidatina Sufiyah bt Huyai r.a
11)Saidatina Zainab bt Jahsh r.a

Tidak ditinggalkan Saidatina Mariah Qibtiah (Jariah baginda Nabi s.a.w) dan anak Baginda s.a.w bersama beliau bernama(Saidina Ibrahim r.a yang wafat ketika gerhana)
*tidak disenaraikan dalam zaujat Rasulullah s.a.w kerana Beliau hanyalah Jariah baginda s.a.w.

Manakala Khaulah bt Hakim yang menghadiahkan dirinya kepada baginda Nabi s.a.w Ruj.Khususiat Rasul s.a.w : 67

(saya tak pasti sama ada dia diterima Nabi s.a.w sebagai isteri atau tidak)
*Di antara Khususiat Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w boleh bernikah dengan lafaz hibbah (Hadiah). justeru persoalannya adakah Baginda s.a.w menerima hibbah beliau bagi melayakkan dirinya tersenarai sebagai isteri Baginda s.a.w atau tidak?.

Ada beberapa nama zaujat baginda Nabi Muhammad s.a.w yang tidak disenaraikan kerana telah diceraikan oleh baginda Nabi Muhammad s.a.w seperti

1)Umrah (gelaran wanita tersebut)
[cerita tentang wanita ini boleh rujuk dalam kitab Muhammad s.a.w –Muhammad Redha
m/s 300]

2)Umaimah bt An Nu’man yang telah di talaq baginda sebelum dukhul kerana terdapat sopak pada tubuhnya.

3)Al Musta’izah [di ceritakan bahawa perempuan ini telah direjam di zaman saidina Umar r.a.. Gelaran al musta’izah itu pula disebabkan dia berlindung dengan Allah daripada baginda Nabi Muhammad s.a.w.Kalau tak silap saya ceritanya begini tatkala Rasulullah s.a.w membawa pulang wanita itu. Saidatina Aisyah r.a bersepakat dengan zaujat Rasulullah yang lain untuk tidak menyenaraikan wanita itu dalam isteri isteri baginda..Perancangan demi perancangan akhirnya disepakati untuk berjumpa dengan wanita tersebut dengan menyuruh untuk mengatakan "sesuatu" antaranya (Aku berlindung dengan Allah darimu) tatkala Baginda masuk ke dalam kamar/biliknya nanti .Memandangkan nasihat daripada Isteri-isteri baginda s.a.w lalu dilakukannya tanpa menghirau kesan dan implikasi perkataan tersebut…...Natijahnya Rasulullah s.a.w memfaraq atau menceraikan wanita tersebut setelah dia berlindung dengan Allah dari Baginda s.a.w.Maka berhasillah perancangan Isteri-isteri baginda s.a.w untuk tidak menyenaraikan wanita itu dari senarai zaujat Rasulullah s.a.w.{wanita tersebut juga belum didukhul oleh Baginda s.a.w}Wallahu Ta’ala A’lam …

p/s jugak :kalau salah betulkan ye.. cerita nih saya dengar dari pengajian Syaikhuna Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki dalam mensyarahkan Al-Mustaizah semasa pengajian kitab Khususiat Rasul s.a.w m.s131 namun saya belum jumpa sumber dari mana kisah ini dinaqalkan.Mungkin di sana terdapat kelemahan dalam menceritakan semula kisah tersebut saya minta dibetulkan.<-lemah betul ingatan nih untuk menterjemahkan semula apa yang dipelajari..

Ruj.
1) Al-Mufassal fi Ahkam Al Ma’ah wa Bait Muslim –Dr.Abdul Karim Zaidan –Mu’assasah Al Risalah.
2) Nisak An Nabi Drh.Aisyah Abdul Rahman- Dar Al Ma’arif.
3) Khususiat Al Rasul s.a.w –Imam Suyuti –Dar _Al Quds
4) Muhammad s.a.w –Muhammad Redha – Dar Al Hadis

Nota akhir:-
Mungkin lepas nih bolehlah buat tajuk tentang anak-anak Rasulullah s.a.w pulak pastu pakcik ,makcik, sahabat dan semua qarabah Rasulullah s.a.w

-eyz_johori

1 Comments:

Blogger Ibnu Ali said...

Betul kisah ni ada disebut dalam hadis. Kalau dalam kitab Kifayatul Akhyar (kitab fiqh) ada sebut dalam bab cerai farq. Kerana ada aib pada tubuh isteri atau suami harus untuk cerai.

Bagaimanapun taraf hadis tersebut dhaif.

Juga ada disbt d dalam kitab fiqh syafei tahun .

Cuma ana baru thu kisah disebaliknya. Dalam hadis tersebut takde plak disebut kisah2 yang disebutkan. Just sebut wanita tersebut ada ab ditubuhnya.

10:11 PM  

Post a Comment

<< Home


Cursors

   www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws       www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws

Scroll images by bigoo.ws