Tuesday, March 21, 2006

renungkanlah....

> PAKU PAKU DI TIANG
>
>
>
> Beberapa ketika yang silam, ada seorang ikhwah yang mempunyai seorang
>
> anak lelaki bernama Mat. Mat membesar menjadi seorang yang lalai
>
> menunaikan suruhan agama. Meskipun telah berbuih ajakan dan nasihat,
>
> suruhan dan perintah dari ayahnya agar Mat bersembahyang, puasa dan
>
> lain-lain amal kebajikan, dia tetap meninggalkannya. Sebaliknya
>
> amal kejahatan pula yang menjadi kebiasaannya. Kaki judi, kaki botol,
>dan
>
> seribu satu macam jenis kaki lagi menjadi kemegahannya.
>
> Suatu hari ikhwah tadi memanggil anaknya dan berkata, "Mat, kau ni
>
> terlalu sangat lalai dan berbuat kemungkaran. Mulai hari ini aku akan
>
> pacakkan satu tiang di tengah halaman rumah kita. Setiap kali kau
>
> berbuat satu kejahatan, maka aku akan benamkan satu paku ke tiang
>
> ini.
>
> Dan setiap kali kau berbuat satu kebajikan, sebatang paku akan
>
> ku cabut keluar dari tiang ini."
>
> Bapanya berbuat sepertimana yang dia janjikan, dan setiap hari dia
>
> akan
>
> memukul beberapa batang paku ke tiang tersebut. Kadang-kadang sampai
>
> berpuluh paku dalam satu hari. Jarang-jarang benar dia mencabut
>
> keluar paku dari tiang.
>
> Hari bersilih ganti, beberapa purnama berlalu, dari musim ribut
>
> tengkujuh berganti kemarau panjang. Tahun demi tahun beredar lepas.
>
> Tiang yang berdiri megah di halaman kini telah hampir dipenuhi dengan
>
> tusukan paku-paku dari bawah sampai ke atas. Hampir setiap permukaan
>
> tiang itu dipenuhi dengan paku-paku.
>
> Ada yang berkarat lepat dek kerana hujan dan panas.
>
> Setelah melihat keadaan tiang yang bersusukan dengan paku-paku yang
>
> menjijikkan pandangan mata, timbullah rasa malu dan keinsafan dalam
>diri
>
> Mat kerana selama ini bergelumang dalam dosa dan noda. Maka dia pun
>
> berazamlah untuk memperbaiki dirinya. Mulai detik itu, Mat mula
>
> sembahyang. Hari itu saja lima butir paku dicabut ayahnya dari tiang.
>
> Besoknya sembahyang lagi ditambah dengan sunat-sunatnya.
>
> Lebih banyak lagi paku tercabut. Hari berikutnya Mat tinggalkan
>
> sisa-sisa maksiat yang melekat. Maka semakin banyaklah tercabut
>
> paku-paku tadi. Hari demi hari, semakin banyak kebaikan yang
>
> Mat lakukan dan semakin banyak maksiat yang ditinggal,
>
> hingga akhirnya hanya tinggal sebatang paku yang
>
> tinggal melekat di tiang. Maka ayahnyapun memanggillah anaknya dan
>
> berkata: "Lihatlah anakku, ini paku terakhir, dan akan aku
>
> cabutkannya keluar sekarang.
>
> Tidakkah kamu gembira?
>
> Mat merenung pada tiang tersebut, tapi disebalik melahirkan rasa
>
> gembira sebagai yang disangkakan oleh ayahnya, dia mula menangis
>
> teresak-esak.
>
> "Kenapa anakku?" tanya ayahnya, "aku menyangkakan tentunya kau
>
> gembira kerana semua paku-paku tadi telah tiada.
>
> Dalam nada yang sayu Mat mengeluh, "Wahai ayahku, sungguh benar
>
> katamu, paku-paku itu telah tiada, tapi aku bersedih kerana
>parut-parut
>
> lubang dari paku itu tetap kekal di tiang, bersama dengan karatnya."

0 Comments:

Post a Comment

<< Home


Cursors

   www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws       www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws www.Bigoo.ws

Scroll images by bigoo.ws